Thursday, January 20, 2011

jom tonton | KURAFAT_perjanjian syaitan.





yeahhhh..

saya berkesempatan nk tgk movie Kurafat sabtu lepas..dgn sapa?..owww..bialah rahsia ya.. :)
kira jadi jakun jugak la kan..kan..
last skali tgk movie kt panggung xsalah saya 2 tahun lepas..filem CJ7 (stephen chow)..uishh,dah lama tuu..
dan kali ni panggung yg dipilih ialah di Cathay @ City Square JB.
ok..berbalik pada filem Kurafat ni.

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam di antara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat ….membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah.Pasangan ini di awal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda di pertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan.
Kehadiran seorang perempuan tua misteri….ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…Anna sentiasa mengganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan.
Bayangan Anna mula mengganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan, setelah diasak pelbagai kejadian aneh.
Apa yang menghantui Johan dan Aishah sebenarnya?
Apakah kesudahan hidup Johan? Segala-galanya akan terjawab dalam ‘Khurafat’.

so,korang gi lah tonton ya..mmg best,mmg akan menjerit...aaaarrgghhhh..hehe.